Resipi

Udang Kesturi

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 ekor udang besar
  • 5 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 5 tangkai kacang pis
  • 1 labu bawang besar(Dipotong bulat)
  • 5 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar kasar sehingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacang pis, garam, dan bawang besar. Kacau sehingga rata.
  3. Tutup api dan tuangkan jus limau kesturi. Kemudian kacau lagi.
  4. Sedia dihidangkan.