Resipi

Tauge Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g tauge kasar (Dibuang akar)
  • 2 keping tauhu (Dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 100 g udang segar (Dibuang kulit)
  • 50 g daun kucai(Dipotong pendek)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga masak. Angkat tauhu dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan tauhu, tauge, daun kucai dan garam. Kacau rata. Biarkan seketika.
  4. Sedia dihidangkan.