Resipi ( 401 )

Sup Tulang Merah

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 40 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg tulang kambing
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji tomato
  • 1 cawan air
  • 1 batang lobak merah(Dipotong kecil)
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 1 pokok daun sup(Dipotong pendek)
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil tulang kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Perap tulang dengan rempah sup dan sedikit air selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  4. Masukkan tulang kambing yang sudah digaul dengan rempah sup dan air. Kemudian kacau rata dan masakkan sehingga daging lembut.
  5. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika.
  6. Masukkan lobak merah dan masakkan sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
  7. Masukkan tomato kemudian kacau rata.
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.