Resipi

Sup Tauhu Kukus

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket tauhu lembut
  • 2 sudu makan daging ayam kisar
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • ½ batang lobak merah
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cawan air
  • ½ batang lobak merah(Dipotong kecil)
  • 1 pokok daun sup(Dicencang kasar)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Hancurkan tauhu sehingga lumat di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan semua bahan A yang lain dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan yang digaul ke dalam bekas kecil yang sudah disapukan minyak dan kukus selama 15 minit.
  4. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  5. Masukkan air, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan tauhu yang dikukus tadi. Masakkan lagi sehingga mendidih.
  7. Padamkan api dan taburkan daun sup. Hidangkan.