Resipi

Sup Cendawan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g cendawan tiram (Dikoyak)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 2 cawan air
  • 1 batang lobak merah(Dipotong kecil)
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh semua sayur dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup.
  6. Sedia dihidangkan.