Resipi

Sotong Goreng Daun Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong sederhana
  • 10 biji cili api (Dicencang)
  • 2 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 cawan daun pudina
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit sotong kemudian basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili api dan bahan yang dihiris.
  3. Masukkan sotong, garam dan serbuk kunyit. Kacau rata. Padamkan api.
  4. Masukkan tomato dan daun pudina. Kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan.