Resipi

Sayur Lemak Kacang Panjang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 10 batang kacang panjang
  • 2 ekor ikan selayang
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar kasar)
  • 2 labu bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kacang panjang anggaran 2 inci.
  2. Sapukan garam pada ikan selayang dan bakar sehingga masak. Ambilkan isinya.
  3. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk.
  4. Masakkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih lagi.
  6. Sedia dihidangkan.