Resipi

Salad Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 20 ekor udang(Dibuang kulit dan kepala)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji capsicum
  • 1 biji tomato
  • 4 biji cili merah
  • 2 tangkai daun ketumbar(Dicencang kasar)
  • 1 biji lemon (Diambil perahannya)
  • 1 sudu makan air gula
  • 3 sudu makan sos cili thai
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rebuskan udang bersama sedikit garam dan sedikit air. Kemudian tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali lemon dan sos cili thai.
  3. Perahkan lemon dan gaulkan bersama sos cili thai.
  4. Gaul rata semua bahan.
  5. Sedia dihidangkan.