Resipi

Salad Telur Hancur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 biji telur
  • 2 biji cili merah (Dikisar)
  • 2 biji bawang merah
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak

Bahan B

  • 100 g kubis
  • 100 g tomato
  • 3 biji cili merah
  • 1 batang lobak merah
  • 1 labu bawang besar

Bahan C

  • 1 cawan mayones
  • 3 sudu makan sos cili

Cara Memasak

  1. Pecahkan telur dan gaulkan semua bahan A kecuali minyak.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick kemudian gorengkan bahan yang digaul tadi. Sambil menggoreng, hancurkan telur bagi dijadikan telur hancur.
  3. Gaulkan semua bahan B bersama telur hancur tadi.
  4. Hiaskan dengan mayones dan sos cili.
  5. Sedia dihidangkan bersama roti ataupun nasi.