Resipi

Salad Telur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 biji telur rebus
  • 1 batang timun
  • 3 biji tomato
  • 1 pokok salad hijau

Bahan B

  • ½ cawan sos tomato
  • ½ cawan sos cili
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 biji limau kesturi(Diambil perahannya

Cara Memasak

  1. Kupas kulit telur rebus dan hiris kasar.
  2. Hiriskan timun dan tomato kemudian bersihkan salad.
  3. Bagi membuat sos, bancuh semua bahan B.
  4. Susunkan bahan A di atas pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi.
  5. Sedia dihidangkan