Resipi

Rendang Nangka

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg nangka muda
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 20 biji cili api
  • 4 cawan santan
  • 3 keping asam gelugur
  • 250 g daging
  • 3 helai daun kunyit (Dihiris)
  • ½ cawan kerisik
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan nangka dan potong kecil. Kemudian rebus sehingga empuk. Angkat dan tuskan airnya. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, minyak masak, santan, asam gelugur, garam, nangka dan daging ke dalam kuali.
  3. Masakkan sehingga pekat dan pastikan daging dan nangka lembut.
  4. Masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali-sekala sehingga kering dan pecah minyak.
  5. Sedia dihidangkan.