Resipi ( 401 )

Raita

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 biji capsicum merah
  • ½ batang timun
  • 1 labu bawang holland
  • 125 ml yogurt asli
  • 30 g daun ketumbar (Dihiris kasar)
  • Garam secukupnya

Cara Memasak

  1. Potong dadu lobak merah, tomato,capcisum hijau, capsicum merah,timun, dan bawang holland.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan yogurt, garam, dan daun ketumbar.
  4. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi beriani. Ia juga sesuai dimakan begitu sahaja.