Resipi

Petola Masak Lemak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ataupun 2 biji petola
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • ½ batang lobak merah
  • 50 g kubis
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Petola dibuang kulit dan dihiris nipis.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sekali lagi. Kemudian tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.