Resipi

Peria Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 biji peria
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Belah peria dan buangkan biji. Hiris anggaran ½ inci tebal dan rendamkan dengan air garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Tuskan peria dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian kacau rata.
  4. Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sebentar.
  5. Kacau masakan dan masukkan garam.
  6. Sedia dihidangkan.