Resipi

Pajeri Nanas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 biji nanas (Dipotong kecil)
  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 6 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kari sehingga wangi.
  2. Masukkan kulit kayu manis, kerisik, dan nanas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  3. Masukkan santan, garam, dan gula merah.
  4. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Sedia dihidangkan.