Resipi

Nanas Tumis Air

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 biji nanas (Saiz sederhana)
  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 batang lobak merah(Dihiris kecil)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 sudu makan gula
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B ( Tumisan)

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Memasak

  1. Kupas kulit nanas dan bersihkan matanya. Basuh bersih dan potong kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan nanas, lobak merah, cili merah, dan cili hijau.
  5. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
  6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi beriani.