Resipi

Masak Lemak Pisang Muda

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g pisang emas muda
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan ikan bilis
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kupas pisang dan potongkan mengikut cita rasa. Rebuskan sehingga lembut dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan pekat. Kemudian didihkan.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah minyak. Renehkan sehingga mendidih.
  4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.