Resipi

Masak Lemak Labu Kuning

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g labu kuning (Dibuang biji dan dipotong kecil)
  • 1 cawan air
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan sehingga labu lembut.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan daun kunyit
  3. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi.
  4. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.