Resipi

Masak Lemak Jantung Pisang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 biji jantung pisang kapas
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan ikan bilis
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kupas jantung pisang kemudian rebuskan sehingga lembut. Tuskan dan belah empat.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan pekat. Masak sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah minyak. Masakkan lagi sehingga mendidih.
  4. Tutup api kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.