Resipi

Lemak Tempoyak Daun-Daun

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 batang serai
  • 5 helai daun pucuk labu
  • 1 ikat pucuk ubi
  • 4 helai daun kunyit
  • 20 biji petai
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 10 biji belimbing buluh
  • 1 inci kunyit hidup
  • 20 biji cili api
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 cawan tempoyak
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong ataupun mayang halus semua sayur.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga semua bahan layu.
  4. Tuangkan santan dan masak sehingga pekat.
  5. Sedia dihidangkan.