Resipi ( 401 )

Kuetiau Daging

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket kuetiau
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia muda
  • 300 g daging (Dipotong nipis)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • ½ biji capsicum hijau
  • ½ biji capsicum merah
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Gorengkan kuetiau dan kicap cair. Gaul rata. Masukkan ke dalam pinggan hidang. Ketepikan.
  2. Panaskan baki minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging, air, sos tiram dan lada hitam. Masakkan sehingga daging lembut dan air kering.
  4. Masukkan capsicum hijau dan merah. Kacau rata.
  5. Tuangkan di atas kuetiau yang sudah digoreng. Sedia dihidangkan.