Resipi

Kerutuk Telur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 biji telur rebus (Dibuang kulit)
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 2 sudu makan rempah kerutuk
  • 1 sudu makan jus asam jawa
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan telur. Kemudian ketepikan.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kerutuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan jus asam jawa dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, kerisik, garam, dan telur. Masakkan sehingga pekat.
  5. Sedia dihidangkan.