Resipi

Kerabu Tauge

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g tauge
  • ½ batang lobak merah
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan jus asam jawa
  • ½ cawan kelapa goreng (Dikisar)
  • 6 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buang akar tauge dan bersihkan.Kemudian basuh dan tuskan.
  2. Sagat ataupun cencang kasar lobak merah.
  3. Masukkan tauge, lobak merah, bawang besar, bahan yang dikisar, garam, gula dan sos ikan ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan kelapa dan jus limau pula. Gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.