Resipi

Kerabu Sotong

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong(Dibuang kulit dan dihiris kecil)
  • Sedikit suhun(Direndam sehingga lembut)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun
  • 6 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Sotong dimasukkan ke dalam kuali dan masakkan sekejap. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Hiris kasar daun ketumbar.
  3. Hiriskan bawang besar, cili merah, cili api, bunga kantan dan tomato.
  4. Sagat halus atau racik timun.
  5. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.