Resipi

Kerabu Selom dan Tauge

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ikat daun selom
  • 1 mangkuk tauge (Dibersihkan)
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 sudu teh belacan
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 cawan kelapa(Ambil putih sahaja)
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jus)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Hiriskan daun selom. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan kelapa, garam, dan gula. Kacau rata. Padamkan api.
  4. Masukkan daun selom, tauge, bawang besar, dan jus limau kesturi.
  5. Gaul rata dan hidangkan.