Resipi

Kerabu Pucuk Paku Bersantan

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ikat pucuk paku
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 inci belacan
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)
  • 6 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 mangkuk tauge (Dibuang akar)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Asingkan pucuk paku dari tangkai dan cuci bersih. Kemudian tuskan.
  2. Rebuskan pucuk paku dengan garam sehingga lembut dan tuskan.
  3. Gaul rata bahan yang dikisar dengan bawang besar, perahan limau kesturi, gula, dan garam.
  4. Masukkan pucuk paku, tauge, dan santan. Kemudian kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan