Resipi

Kerabu Pucuk Paku

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ikat pucuk paku
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan jus asam jawa
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar)
  • ½ cawan lobak merah (Diparut)
  • 1 cawan kelapa(Ambil putihnya sahaja)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 6 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Asingkan pucuk paku dari tangkai dan cuci bersih. Kemudian tuskan.
  2. Rebuskan pucuk paku dengan garam sehingga lembut dan tuskan.
  3. Gorengkan kelapa parut sehingga kekuningan.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  5. Rasakan masin dan masamnya.
  6. Sedia dihidangkan.