Resipi

Kerabu Peria

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 biji peria katak
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 5 biji cili api (Sekiranya suka)
  • ½ batang lobak merah (Disagat)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong pendek)
  • 3 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukupnya

Cara Memasak

  1. Belah dua peria kemudian buang biji tengahnya. Hiris nipis peria kemudian rendamkan di dalam air garam sebentar. Tuskan.
  2. Hiris nipis cili merah, cili hijau, dan bawang besar.
  3. Gaulkan semua bahan dengan jus limau, garam, dan gula.
  4. Biarkan selama 15-20 minit.
  5. Hidangkan bersama nasi putih dan ikan bakar.