Resipi

Kerabu Kubis

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ biji kubis manis bulat (Dihiris)
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh kapur sirih
  • Air secukupnya(Bagi merendam sayur)
  • 3 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rendamkan semua bahan yang disagat dan dihiris di dalam bancuhan kapur selama 20-30 minit bagi merangupkan sayur.
  2. Bancuhkan cuka, gula, dan garam sehingga larut dan sebati di dalam mangkuk.
  3. Tuskan sayur sehingga air kapur tadi benar-benar kering.
  4. Gaulkan sayur dengan bancuhan cuka, tadi.
  5. Sedia dihidangkan.