Resipi

Kerabu Daging

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging batang pinang
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 7 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 batang serai
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 3 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh daging dan rebus dengan halia, serai, lada hitam, dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Kemudian sejukkan.
  2. Hiris daging nipis dan kecil.
  3. Gaul rata semua bahan yang dihiris dan daging bersama perahan limau, gula dan garam.
  4. Rasakan masam dan manisnya.
  5. Sedia dihidangkan.