Resipi

Kerabu Betik (Som Tam)

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 biji betik mengkal (Saiz kecil)
  • 1 biji mangga muda
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 7 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan udang kering(Ditumbuk kasar)
  • 5 sudu makan kacang tanah(Digoreng dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukupnya

Bahan B

  • 3 batang kacang panjang
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 2 labu bawang besar
  • 2 pokok daun ketumbar

Cara Memasak

  1. Kupas kulit betik dan mangga.Kemudian racik secara memanjang.
  2. Gaulkan sos ikan, gula, dan perahan limau kesturi. Kacau rata.
  3. Campurkan betik, mangga, udang kering, kacang tanah, gula, garam dan bahan B. Gaul sehingga rata.
  4. Masukkan campuran sos ikan tadi dan gaul rata sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan.