Resipi

Keladi Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk keladi (Dibuang kulit dan potong pendek)
  • 3 keping asam gelugur
  • 10 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang merah
  • 1 cawan air
  • ½ cawan ikan bilis
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rebuskan keladi dengan asam gelugur sehingga lembut.
  2. Tuskan sambil basuh lendir keladi.
  3. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih lagi.
  5. Sedia dihidangkan.