Resipi ( 401 )

Kek Lobak Merah

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 150 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 230 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis(diayak)
  • 200 g lobak merah (diparut)
  • 150 g buah prun (dicencang)
  • 100 g walnut cencang

Bahan B (Krim Keju)

  • 250 g krim keju
  • 50 g gula halus
  • 100 g whipping cream
  • 1 sudu makan jus lemon

Cara Memasak

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila.Kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum, baking powder, dan serbuk kayu manis.
  5. Masukkan lobak merah, buah prun, dan walnut cencang.
  6. Gaul rata dan masukkan di dalam loyang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 50-60 minit.
  8. Apabila sudah masak, sejukkan dan sapukan krim keju.

Krim Keju

  1. Pukul semua bahan B sehingga gebu.
  2. Sapukan pada kek lobak yang sudah sejuk.
  3. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.