Resipi ( 401 )

Kek Cawan Coklat

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1¾ cawan gula perang
  • 2 cawan tepung gandum*
  • ¾ cawan serbuk koko*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • ½ sudu kecil garam

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila

Bahan C

  • 1 cawan air panas

Bahan D (Aising)

  • 100 g air
  • 130 g gula
  • 125 g mentega
  • 150 g marvello ataupun shortening
  • 30 g susu tepung

Cara Memasak

Kek Cawan
  1. Ayak bahan A yang bertanda (*) sebanyak 2 kali. Satukan dengan gula perang dan garam. Gaul rata.
  2. Kacau semua bahan B menggunakan whisk di dalam mangkuk lain.
  3. Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A. Pukul menggunakan whisk sehingga berkrim.
  4. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam acuan kertas yang diletakkan di dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  6. Biarkan sejuk dan hias mengikut kreativiti sendiri.
Krim Aising Mentega
  1. Didihkan air dan gula. Sejukkan.
  2. Pukul mentega dan marvello atau shortening sehingga gebu.
  3. Masukkan air, gula, dan susu tepung berselang-seli.
  4. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang lagi.
  5. Masukkan krim ke dalam piping bag yang sudah disediakan nozel bintang.
  6. Hiaskan ataupun pamkan di atas kek cawan yang sudah sejuk.