Resipi ( 401 )

Kek Buah Keju

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 340 g buah-buahan campur
  • ½ cawan jus oren

Bahan B

  • 150 g krim keju
  • 150 g mentega
  • 150 g gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 180 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)

Cara Memasak

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Kacau rata semua bahan A sehingga sebati. Rendamkan selama 2-3 jam.
  3. Pukul krim keju, mentega, dan gula perang sehingga ringan dan gebu.
  4. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang-seli dengan bahan A. Kacau sebati.
  6. Masukkan adunan di dalam loyang yang sudah dilapik dengan kertas pembakar (baking sheet).
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 1 jam ataupun sehingga adunan masak.
  8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.