Resipi

Kacang Buncis Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g kacang buncis (Dipotong kecil)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang sehingga wangi.
  2. Masukkan kacang buncis, lobak merah, cili merah, air dan garam.
  3. Kacau rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
  4. Sedia dihidangkan.