Resipi ( 401 )

Ikan Masam Manis

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan siakap
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • ½ cawan air
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 biji tomato (Dibelah 6)
  • 1 pokok daun bawang dan daun sup (Dipotong pendek)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh ikan kemudian tuskan. Kelar kedua-dua bahagian ikan.
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Angkat kemudian ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan dua sudu makan minyak masak bagi menumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  5. Masukkan cili merah, tomato, garam (sekiranya perlu) dan gula.
  6. Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.
  7. Hiaskan dengan daun sup dan bawang.