Resipi

Ikan Bilis & Tempe Goreng Wangi

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris)
  • 1 cawan ikan bilis (Dibelah 2)
  • 1 keping tempe (Dihiris kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili api
  • 1 biji bawang besar (Dihiris)
  • Minyak masak secukup
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. ​Gaulkan tempe dengan sedikit garam. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga garing. Angkat dan tuskan.
  2. Gorengkan pula ikan bilis sehingga garing. Tuskan kering.
  3. Asingkan minyak gorengan sehingga separuh. Tumiskan bawang putih dan cili api. Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar dan bunga kantan. Masak sehingga layu.
  5. Padamkan api dan masukkan ikan bilis dan tempe goreng.
  6. Kacau rata lagi.