Resipi ( 401 )

Hati Goreng Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ‚Äč400 g hati lembu
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dipotong menyerong)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong hati kecil dan nipis. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kcau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan hati lembu. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato, dan garam.
  5. Kacau lagi dan biarkan pecah minyak semula.
  6. Tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan.