Resipi

Brokoli Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 400 g brokoli
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 300 g udang (Dibuang kulit)
  • ½ batang lobak merah
  • 100 g bunga kubis
  • 3 sudu makan air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil semua sayur kemudian cuci bersih. Tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan udang, lobak merah, garam dan air kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kubis dan brokoli. Kacau rata dan tutup kuali. Kacau sehingga mendidih.
  5. Sedia dihidangkan.