Resipi

Biskut Dahlia Oren

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 150 g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh pewarna oren
  • 1 sudu makan pes oren

Bahan B (Diayak)

  • 350 g tepung gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 50 g tepung kastard

Bahan C (Hiasan)

  • 50 g coklat cip

Cara Memasak

  1. ​Gaulkan mentega dan gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan telur. Gaulkan sebati.
  3. Masukkan pewarna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
  4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan bunga dahlia. Pamkan ke atas dulang pembakar.
  6. Hiaskan dengan coklat cip.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  8. Apabila sudah sejuk, simpan di dalam balang kedap udara.