Resipi

Biskut Coklat Cip

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 150 g mentega
  • 100 g marjerin
  • 30 g shortening
  • 150 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 100 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 10 g serbuk koko (diayak)
  • 150 g coklat cip
  • 50 g badam cencang kecil (dipanggang)
  • 50 g Nestum

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, marjerin, shortening, dan gula halus sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
  3. Gaulkan semua bahan B dan masukkan perlahan-lahan dan kacau.
  4. Sudukan adunan (sebesar guli) ke atas dulang pembakar.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 25 minit ataupun sehingga masak.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.