Resipi ( 401 )

Biskut Badam Salju (Snow Almond)

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 100 g gula kastor
  • 30 g shortening
  • 1 sudu teh esen kopi
  • 1 biji kuning telur

Bahan B

  • 220 g tepung gandum (diayak)
  • 60 g susu tepung (diayak)
  • 70 g tepung jagung (diayak)
  • 50 g Nestum (dikisar)
  • 60 g serbuk badam kisar

Bahan C (Hiasan)

  • 250 g coklat masakan
  • 100 g serbuk roti

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, gula kastor, dan shortening sehingga sebati.
  2. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaul rata.
  3. Gaul semua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit dan ratakan.
  4. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan. Susunkan di dalam loyang pembakar.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 15-20 minit ataupun sehingga masak.
  6. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
  7. Selepas biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan.
  8. Golekkan ke dalam serbuk roti. Susun di atas dulang dan biarkan keras.
  9. Simpan di dalam balang kedap udara.