Resipi

Ayam Percik

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 2 paha ayam (Dipotong 4)
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 batang serai
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan halba
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

* Bahan-bahan yang disediakan

adalah untuk 1 ekor ayam.

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam dan tuskan. Kemudian gaulkan dengan garam.
  2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba, gula, dan air asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Kacau sehingga semua rempah sebati dengan ayam.
  3. Keluarkan ayam dan letakkan di atas pemanggang dan bakar di atas dapur sehingga nampak garing.
  4. Hidang dan hiaskan bersama salad ataupun timun.