Resipi

Ayam Masak Merah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak.
  2. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukupnya bagi menumis (anggaran 1 senduk). Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan ayam yang sudah digoreng, bawang besar, sos tomato, garam, dan gula.
  4. Gaulkan sehingga sebati dan rata.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.