Resipi ( 401 )

Udang Tempoyak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 inci kunyit
  • 5 sudu makan tempoyak
  • 2 batang timun tua
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong bahagian udang yang tajam dan bersihkan. Kemudian tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali udang dan daun kunyit ke dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan daun kunyit. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan