Resipi ( 401 )

Udang Massala

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang saiz besar
  • 1 cawan daun pudina (Dihiris)
  • 5 tangkai cili kering (Dipotong pendek)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk kurma
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk garam massala
  • ½ cawan air
  • 2 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 1 biji lemon (Diambil jus)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan udang dan basuh. Tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan cili kering, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bahan yang dicencang sehingga layu.
  3. Masukkan bahan yang dibancuh dan garam. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang dan daun pudina. Kacau lagi sehingga udang masak dan padamkan api.
  5. Masukkan cili hijau dan jus lemon. Kacau rata dan hidangkan.