Resipi ( 401 )

Tomyam Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • ½ kg daging kambing
  • 1 batang lobak merah (Dipotong pendek)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 3 sudu makan pes tomyam
  • 8 biji cili api (Diketuk)
  • 100 g bunga kubis (Dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dicencang)

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan renehkan sehingga lembut.
  3. Masukkan pes tomyam, cili api, bunga kubis dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
  4. Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar. Kacau seketika.
  5. Sedia dihidangkan.