Resipi ( 401 )

Terung Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 biji terung panjang(Dibelah 2 dan potong di tengah)
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji cili api
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Gaulkan terung dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng ikan sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  5. Angkat bahan yang ditumis tadi dan tuangkan di atas terung.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.