Telur Kukus
- Chef Hanieliza
- 4 orang
- 15 minit
Bahan-bahan
Bahan-Bahan
- 4 biji telur
- 1 pokok daun bawang (Diracik)
- 1 pokok daun sup
- 2 biji cili merah
- 1 labu bawang besar
- 100 g udang (Dibuang kulit dan direbus sebentar)
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Gaulkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau rata.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan.
- Kukus selama 20 minit.
- Angkat telur kukus daripada periuk kukusan.
- Sedia dihidangkan bersama nasi putih semasa masih panas.